Monday, October 18, 2010

KOMPUTER MENJEJASKAN KESIHATAN


15 Ogos, Kuala Lumpur : tagihan internet di kalangan mahasiswa dan pelajar, terutamanya murid sekolah rendah akan membantut proses pembangunan sosial dan interaksi seseorang itu dengan keluarga dan masyarakat apabila dewasa nanti.
Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari, berkata penggunaan komputer atau internet tanpa batasan bukan saja boleh memudaratkan aspek psikologi kanak-kanak, malah mengganggu kesihatan fizikal.
“Pendedahan mata terlalu lama pada skrin komputer serta penggunaan kerusi tidak betul ketika melayari internet juga boleh memudaratkan kesihatan fizikal terutama kanak-kanak yang masih dalam proses tumbesaran.” , ujarnya.
“Tidak kira pelajar ke , mahasiswa ke, golongan berkerjaya ke hinggalah ke golongan tua, kesihatan pasti akan terjejas sekiranya terlalu kerap mengadap skrin komputer.” tambahnya lagi.
Beliau diminta mengulas kecenderungan pelajar termasuk kanak-kanak sekolah rendah menggunakan komputer sehingga menyebabkan mereka sering tertidur ketika waktu pembelajaran di sekolah.
Laporan kajian penggunaan komputer oleh keluarga di Malaysia 2010 yang dijalankan syarikat keselamatan internet antarabangsa, Norton mendapati kanak-kanak di negara ini menghabiskan masa 64 jam setiap bulan melayari internet.
Dr Muhammad Muhsin berkata, penggunaan internet tanpa pengawasan ibu bapa juga memudaratkan kepada kanak-kanak kerana mereka menerima maklumat banyak, termasuk yang tidak dapat diterima pemikiran mereka.
Katanya, pelajar adalah kelompok yang belum matang, jadi sukar untuk mereka membuat pertimbangan dan penilaian atas apa maklumat yang diperoleh.
“Lebih membimbangkan jika maklumat seks dan bahan lucah diperoleh daripada internet, justeru ibu bapa kena buat pemantauan dan pengawasan,” katanya. – UMtoday.

Sumber:http://umtoday.blog.com/2010/08/15/ketagihan-internet-jejas-moral-dan-kesihatan/

TAUKAH ANDA .....UNTUK MENGENALI WANITA MELALUI BANTAL TIDUR

PERSONALITI WANITA BUKAN SAHAJA DINILAI MELALUI CARA PERGERAKAN, BENTUK MATA, RAUT WAJAH ATAUPUN CARA BERPAKAIAN. LEBIH HEBAT LAGI, MELALUI PEMILIHAN BANTAL TIDURNYA JUGA ANDA DAPAT MENGENALINYA JENIS WANITA YANG SEDANG ANDA HADAPI TATKALA NI. SETELAH MENGENALI CIRI-CIRI WANITA ITU,MAKA HARGAILAH MEREKA DENGAN SEBAIK MUNGKIN.

WANITA YANG GEMAR MEMELUK BANTAL
Bukan semua wanita gemar tidur sambil memeluk bantal. Tetapi wanita begini disifatkan sebagai seorang yang berjiwa seni. Mereka mempunyai ciri-ciri seorang yang romantik,penyayang,mahu dikasihi dan halus jiwanya. Maka itu, wanita sebegini amat mudah untuk didekati. Kebanyakan daripada mereka mempunyai tubuh yang langsing.

WANITA YANG GEMAR TIDUR DENGAN BANYAK BANTAL
Tahukah anda wanita yang tidur dengan banyak bantal adalah wanita yang kurang sifat keyakinan diri. Mereka tidak boleh hidup tanpa kehadiran teman-teman di sekeliling. Sokongan teman-teman itulah yang memberi kesan semangat dan kekuatannya untuk terus mengharungi hidup. Sikap sukar berdikari dan suka bergantung kepada orang lain keadangkala merimaskan lelaki.

WANITA YANG GEMAR TIDUR DENGAN SATU BANTAL
Wanita sebegini adalah jenis yang amat bijak dakam membuat keputusan. Selalunya tindakan mereka dipengaruhi oleh rasional dan bukannya semata-mata mengikut hawa nafsu. Inilah kelebihan wanita jenis ini.

WANITA YANG GEMAR MELETAKKAN BANTAL DI KAKI
Karakter wanita yang tidur dengan meletakkan bantal di bawah kaki dikaitkan dengan wanita yang tidak suka berusaha dan tidak suka bergaul dengan orang ramai. Mereka hidup menyendiri dan tidak gemar membantu teman yang dalam kesusahan. Keadaan itulah yang membuatkan mereka menjadi seorang egoistik dan akan berusaha mencapai cita-citanya dengan cara yang kurang elok.


WANITA YANG GEMAR TIDUR TIDAK BERBANTAL
Wanita sebegini memiliki ciri-ciri seorang yang berkeyakinan sangat tinggi. Keyakinan diri yang terlalu tinggi ini kadangkala membawa sifat ego dalam diri wanita berkenaan. Keadaan itu menyebabkan mereka menjadi terlebih yakin dan akan memandang rendah dengan keupayaan diri orang lain.


Sumber : Majalah Mingguan November 06


Saturday, October 16, 2010

WAJIB TAHU

Mengurangkan risiko kanser payudara

Salah satu cara untuk mengurangkan kanser payudara adalah dengan meminum air kacang soya. Selain mengatur fungsi reproduksi kandungan isoflavon dalam kacang soya dapat meningkatkan antioksida vitamin C dan E sehingga melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti kanser paayudara.

 

Meningkatkan kesuburan

Untuk meningkatkan kesuburan seseorang, minumlah kacang soya setiap hari. Kalau boleh soya yang diperah secara asli (bukan dalam kotak). Ini disebabkan kacang soya membantu mengatasi penurunan hormon estrogen pada wanita kerana kacang soya mempunyai khasiat isoflavon iaitu khasiat yang mempunyai kesan yang sama seperti estrogen.

sumber: http://www.kpdnkk.gov.my/puspanita/tips_kesihatan.html

Saturday, August 28, 2010

tips kesihatan

* jus serai boleh membakar lemak dalam badan...tak percaya cubalah tips di bawah ini.
   ** rebus 2 batang serai.
   ** masak selama  20 minit.
   ** minum la semasa ia sejuk...

Sumber :Majalah Wanita