Monday, October 18, 2010

KOMPUTER MENJEJASKAN KESIHATAN


15 Ogos, Kuala Lumpur : tagihan internet di kalangan mahasiswa dan pelajar, terutamanya murid sekolah rendah akan membantut proses pembangunan sosial dan interaksi seseorang itu dengan keluarga dan masyarakat apabila dewasa nanti.
Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari, berkata penggunaan komputer atau internet tanpa batasan bukan saja boleh memudaratkan aspek psikologi kanak-kanak, malah mengganggu kesihatan fizikal.
“Pendedahan mata terlalu lama pada skrin komputer serta penggunaan kerusi tidak betul ketika melayari internet juga boleh memudaratkan kesihatan fizikal terutama kanak-kanak yang masih dalam proses tumbesaran.” , ujarnya.
“Tidak kira pelajar ke , mahasiswa ke, golongan berkerjaya ke hinggalah ke golongan tua, kesihatan pasti akan terjejas sekiranya terlalu kerap mengadap skrin komputer.” tambahnya lagi.
Beliau diminta mengulas kecenderungan pelajar termasuk kanak-kanak sekolah rendah menggunakan komputer sehingga menyebabkan mereka sering tertidur ketika waktu pembelajaran di sekolah.
Laporan kajian penggunaan komputer oleh keluarga di Malaysia 2010 yang dijalankan syarikat keselamatan internet antarabangsa, Norton mendapati kanak-kanak di negara ini menghabiskan masa 64 jam setiap bulan melayari internet.
Dr Muhammad Muhsin berkata, penggunaan internet tanpa pengawasan ibu bapa juga memudaratkan kepada kanak-kanak kerana mereka menerima maklumat banyak, termasuk yang tidak dapat diterima pemikiran mereka.
Katanya, pelajar adalah kelompok yang belum matang, jadi sukar untuk mereka membuat pertimbangan dan penilaian atas apa maklumat yang diperoleh.
“Lebih membimbangkan jika maklumat seks dan bahan lucah diperoleh daripada internet, justeru ibu bapa kena buat pemantauan dan pengawasan,” katanya. – UMtoday.

Sumber:http://umtoday.blog.com/2010/08/15/ketagihan-internet-jejas-moral-dan-kesihatan/

2 comments:

  1. salam .. satu info yang menarik ...

    http://hasrulhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. mmg menarik...post byk² artikel lagi kak ratna..

    http://boyboroi.blogspot.com

    ReplyDelete