Monday, October 18, 2010

TAUKAH ANDA .....UNTUK MENGENALI WANITA MELALUI BANTAL TIDUR

PERSONALITI WANITA BUKAN SAHAJA DINILAI MELALUI CARA PERGERAKAN, BENTUK MATA, RAUT WAJAH ATAUPUN CARA BERPAKAIAN. LEBIH HEBAT LAGI, MELALUI PEMILIHAN BANTAL TIDURNYA JUGA ANDA DAPAT MENGENALINYA JENIS WANITA YANG SEDANG ANDA HADAPI TATKALA NI. SETELAH MENGENALI CIRI-CIRI WANITA ITU,MAKA HARGAILAH MEREKA DENGAN SEBAIK MUNGKIN.

WANITA YANG GEMAR MEMELUK BANTAL
Bukan semua wanita gemar tidur sambil memeluk bantal. Tetapi wanita begini disifatkan sebagai seorang yang berjiwa seni. Mereka mempunyai ciri-ciri seorang yang romantik,penyayang,mahu dikasihi dan halus jiwanya. Maka itu, wanita sebegini amat mudah untuk didekati. Kebanyakan daripada mereka mempunyai tubuh yang langsing.

WANITA YANG GEMAR TIDUR DENGAN BANYAK BANTAL
Tahukah anda wanita yang tidur dengan banyak bantal adalah wanita yang kurang sifat keyakinan diri. Mereka tidak boleh hidup tanpa kehadiran teman-teman di sekeliling. Sokongan teman-teman itulah yang memberi kesan semangat dan kekuatannya untuk terus mengharungi hidup. Sikap sukar berdikari dan suka bergantung kepada orang lain keadangkala merimaskan lelaki.

WANITA YANG GEMAR TIDUR DENGAN SATU BANTAL
Wanita sebegini adalah jenis yang amat bijak dakam membuat keputusan. Selalunya tindakan mereka dipengaruhi oleh rasional dan bukannya semata-mata mengikut hawa nafsu. Inilah kelebihan wanita jenis ini.

WANITA YANG GEMAR MELETAKKAN BANTAL DI KAKI
Karakter wanita yang tidur dengan meletakkan bantal di bawah kaki dikaitkan dengan wanita yang tidak suka berusaha dan tidak suka bergaul dengan orang ramai. Mereka hidup menyendiri dan tidak gemar membantu teman yang dalam kesusahan. Keadaan itulah yang membuatkan mereka menjadi seorang egoistik dan akan berusaha mencapai cita-citanya dengan cara yang kurang elok.


WANITA YANG GEMAR TIDUR TIDAK BERBANTAL
Wanita sebegini memiliki ciri-ciri seorang yang berkeyakinan sangat tinggi. Keyakinan diri yang terlalu tinggi ini kadangkala membawa sifat ego dalam diri wanita berkenaan. Keadaan itu menyebabkan mereka menjadi terlebih yakin dan akan memandang rendah dengan keupayaan diri orang lain.


Sumber : Majalah Mingguan November 06


5 comments:

  1. Hai jo...saya tak naki komen tentang bantal. Tapi saya hanya ingin berkongsi falsafah.
    "seorang penjilat adalah hamba yang tidak baik bagi mana-mana majikan" (montesquei). Setuju atau tidak?

    ReplyDelete
  2. HAI JO..PASAL BANTAL-BANTAL..AKU BERMINAT BETUL..TAPI ORANG YANG TIDUR BERBANTAL LENGAN..TU MACAMMANA..KA MISKIN??

    ReplyDelete
  3. itu bukan miskin su tapi tiada bantal di rumah.. hehe.. kalau pegi rumah jo, banyak ba bantal dia.. pilih ja yang mana.. mahu bantal yang dipeluk @ dikaki.. jangan marah jo.. gurau ja..tapi kalau baby ada bantal busuk, macamana pula?

    ReplyDelete
  4. Ratna, saya bersetuju dengan artikal pemilihan personaliti wanita melalui bantal tidur. Sekurang-kurangnya ruang minda kita akan dapat dibantu mengenal pasti ciri-ciri seorang wanita yang sebenarnya. Tapi bagaimana pula memilih personaliti seorang wanita yang tidur tidak mengemari bantal?

    ReplyDelete